Wednesday, January 10, 2018

Kolej Aminuddin Baki, UKM Bangi


                                                 
                                                    Koleksi nota ringkas semester ni.
090118 - Alhamdulillah. Tamat perang saraf untuk semester ni. Merdeka! Yeay!
Proses mengemas sedang dijalankan.
100118 - Mula kemas barang. Okay, tengah-tengah mengemas tercampak belakang balik kenangan sebelum jadi penghuni bilik K5C 308 Kolej Aminuddin Baki, UKM Bangi. Hahaha. 

Aku rasa orang lain pun sama macam aku juga la kot, search itu, ini, sana, sini dan sedikit mengecewakan aku tak jumpa gambar kolej yang aku cari. Cuma dapat la cuci-cuci mata tengok gambar kolej kediaman orang lain. Jadilah daripada tak ada langsungkan? Lepas tu, aku niat bila aku dah masuk kolej aku akan buat entri untuk menyenangkan hati junior-junior yang mungkin nervous pertama kali nak berjauhan daripada keluarga *bukan kategori aku*, teruja nak tengok kolej *ni kategori macam aku* atau sebagainya.
For make it short, UKM tawarkan aku untuk menjadi pelajar Fakulti Pendidikan (FPEND) UKM dalam bidang pendidikan khas #sayabanggajadigurupendidikankhas . Kolej kediaman ditawarkan Kolej B (Kolej Aminuddin Baki). Macam biasa juga, pelajar baru kena la menghadap MMM (Minggu Mesra Mahasiswa) dan induksi kolej, selepas tu baru sah jadi warga Kolej Aminuddin Baki (KAB). 

Maka, atas sebab kekangan masa, aku pun tangguh niat aku sampailah aku sendiri lupa dan hari ini aku teringat semula. Maaf ye terbebel panjang pula. Biasalah perempuan kan. Hehehe.
.
.
.
1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.
Kita mula dengan info sikit. 


Kolej kedua yang dibina di dalam UKM selepas Kolej Dato Onn (KDO).

Bab kena bina je no.2 kolej ni, bab lain semua no.1. Perform!

Kolej ni juga centre UKM. 

Berhadapan dengan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) *bak kata senior aku, yang ni guling-guling pun boleh sampai*

Fakulti-fakuti lain yang berjiran dengan FEP :-
Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK) , Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pengajian Islam (FPI) *yang ni semua termasuk FEP saling berhubung*

Kalau fakulti korang tak tersenarai dalam fakulti-fakulti di atas, maknanya kita senasib. Bangun pagi-pagi, silalah tunggu bas di perhentian bas. 

Bagi pelajar tahun 1 (2 semester),  yang ada lesen motor dan ada motor bolehlah bawa motor. Kereta tidak dibenarkan melainkan korang dah masuk tahun 2, bolehlah isi borang untuk bawa kereta.

Kemudahan terdekat dengan kolej :-
Pusat Kemudahan Pelajar (PUSANIKA)
Dekat sini ada macam-macam. Makanan. Minuman. Pakaian. ATM. Pejabat pos. Banyak lagi perkhidmatan yang ada. Nanti boleh explore sendiri k.
Kiosk Teres Eko Niaga
 Bersebelahan FEP. Dekat sini jual makanan sahaja buat masa ni. Kiosk ni 24 jam tu best tu. Hahaha..
PTSL
Perpustakaan Tun Seri Lanang. Korang masuk sebagai pelajar baru nanti, pihak PTSL akan buat hari penerangan untuk korang.

Okay. Tu je kot secara umum info untuk kolej.
.
.
.
Kita masuk kemudahan dekat bilik pula. Ini berdasarkan pengalaman aku duduk block K5C. Dekat blok ni 1 bilik 2 orang. Kalau korang dapat blok lain, mungkin ada kelainan sikit.

Ni pintu utama untuk bilik aku.  Buka je pintu ni nampak lagi 1 pintu. Tu pintu kedua. Kalau korang buka pintu utama nampak pintu kedua, maknanya anda bertuah. Hahaha.
Buka je pintu kedua nampak la balkoni dan penyidai dawai hijau untuk jemur baju. 
Bagi yang buka je pintu utama dan tak nampak pintu kedua korang atau dalam erti kata lain pintu dah bertukar menjadi tingkap tu bermakna korang duduk di tingkat 2. Jangan risau korang still ada penyidai, cuma bukan dekat belakang bilik korang je. Kelebihan duduk tingkat 2 pula, ada mesin basuh, masuk je duit jalan la mesin tu *tingkat lain yang ada balkoni tak ada mesin basuh. harap maklum.*
Almari tutup.
Almari buka.
Bagi aku, almari sebesar ni dah cukup besar untuk seorang pelajar. Tempoh duduk dalam satu-satu bilik ni pun dalam 4 atau 5 bulan je, dah kira okay sangat dah. 

Meja study dan katil.
Meja study ni kedudukannya antara almari dan katil. Ada lampu meja. Jadi kalau korang nak study tengah malam ke, pagi-pagi subuh ke boleh buka lampu dekat meja study korang je. Jadi, tak kacau roommate nak tidur.

Pasal katil tu, katil tu daripada kayu dan ala-ala IKEA gitu. Katil tu ada 2 laci. Jadi kalau barang korang terlampau banyak sampai tak muat almari boleh la letak dekat situ. 

Ha! Tilam tu memanglah tak dinafikan banyak peta, jadi sarungkanlah dengan cadar-cadar favourite korang supaya sedap mata korang tengok. Hihihi.
Suiz lampu meja, socket plug & WLAN plug.
Masuk je bilik terus check benda-benda ni berfungsi ke tak. Tengok lampu meja. Socket plug tu bolehlah cuba cas handphone atau powerbank korang. WLAN tu kalau korang dah ada cable boleh terus try. Kalau tak ada, bolehlah pergi beli dekat kedai buku di PUSANIKA. Kalau ada yang tak berfungsi, pergi semula dekat tempat ambil kunci dan bagitahu masalah tentang bilik korang.

Oh! Tak lupa juga, sila check lampu dan kipas bilik juga ye.

Sampai sini je kot, bebelan aku. Apa-apa pun, selamat datang ke Kolej Aminuddin Baki, UKM Bangi. Pride & glory !
Semoga menjadi pendaulat amanah negara yang mengilham harapan dan mencipta masa depan.

Friday, December 8, 2017

Video The Making Of ...

Ini ialah projek berkumpulan bagi menghasilkan sebuah video yang berkonsep " the making of ....". 
Bertitik tolak daripada konsep berkenaan, maka saya dan rakan seperjuangan telah sepakat memilih untuk membuat model buah-buahan (strawberry).


Saya mewakili rakan seperjuangan mengucapkan sekalung terima kasih kepada barisan pensayarah subjek GGGE 2123 (teknologi dan inovasi dalam pendidikan). Secara umumnya saya mengucapkan terima kasih  kepada semua  #gengGGGE2123 yang banyak memberikan kerjasama dan secara khasnya saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan seperjuangan yang menjadi tulang belakang, pencetus serta mencetuskan idea-idea kreatif bagi melengkapkan tugasan ini .
Rakan seperjuangan yang menjadi tulang belakang bagi menghasilkan video ini  :-

Dari kiri : Natasha Md.Nizam, saya, Haziroh Zaki, Aufa Yusrizal 


Saturday, December 2, 2017

10 Gambar BBM Bukan Elektronik : Ikan oh ikan

Bahan bantu mengajar (BBM) di definisikan sebagai alat atau media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian isi pembelajaran. BBM merangkumi semua bahan yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, dan diaplikasikan.

Hari ini saya akan menunjukkan 10 gambar BBM bukan elektronik daripada pelbagai sudut. BBM ini dihasilkan dengan menggunkan konsep kepenggunaan bahan kitar semula.

Bahan-bahan untuk membuat BBM "ikan oh ikan" ialah :-
  • Kertas (lukis dan potong supaya menjadi bentuk ikan)
  • Kekabu/fiber/kapas (untuk diletakkan di dalam ikan)
  • Pakaian terpakai /kain perca
  • Benang
  • Pita pelekat
  • Gam UHU
  • Gunting
  • Manik (Hiasan di mata ikan)
  • Butang (untuk dijadikan mata ikan)
10 gambar hasil daripada bahan-bahan tersebut :-

BBM "ikan oh ikan" setelah disiapkan

BBM yang terhasil (Bahagian Kanan)

BBM yang terhasil (Bahagian Kiri)

Bahagian depan BBM (bahagian kepala ikan)

Bahagian belakang BBM  dari sisi (bahagian ekor)

Bahagian belakang BBM  dari belakang (bahagian ekor)

Bahagian atas BBM

Bahagian bawah BBM

Dari sisi  BBM

Gambar BBM dari sudut tepi dan gambar diambil daripada jauh.